Thursday, 20 August 2009

Bicara Hati Khadijah...




Kegembiraan dalam kesyukuran. Begitulah perasaan yang diri ini rasakan. Selama tiga tahun menuntut ilmu di bumi Pulau Mutiara dan akhirnya berjaya mendapat segulung ijazah yang sangat diidamkan selama ini. Majlis konvokesyen ke-40 telah menganugerahkan segulung ijazah buat diriku. Sungguh berharga dan akan kukenang selamanya. Disebalik kejayaan hati ini bermunasabah sendirian. Adakah segulung ijazah itu yang patut dicapai? Adakah segulung ijazah itu yang paling utama? Adakah segulung ijazah itu yang menjadi tiket kejayaan diriku?Selama ini diriku sangat mengharapkan kesempurnaan untuk melengkapi hidup dengan mengharapkan kejayaanku mendapat pekerjaan yang lebih baik kelak. Betapa silapnya tanggapan itu, sepanjang berada disini baru diri ini sedar betapa ilmu itu penting bukan sekadar mendapat segulung ijazah namun apa yang lebih utama pengisian dalam menuntut ilmu itu . Sesungguhnya ilmu itu mengajar erti kematangan, mengajar diriku berdikari, menjadi diri ini lebih dewasa. Selain mendapat apa yang dihajati daripada menuntut ilmu perkara yang lebih utama ialah niat menuntut ilmu hanya kerana Allah s.w.t. keyakinan mula mengusai diri bahawa segulung ijazah itu bukanlah tiket kejayaan semata-mata tetapi yang melebihi segala-galanya adalah kejayaan diiringi keikhlasan kerana Allah s.w.t .InsyaAllah kejayaan pasti akan datang bukan sahaja kejayaan di dunia malah kejayaan hidup di akhirat. Usaha yang ikhlas kerana Allah s.w.t pasti dihadiahkan kemenangan. Perjuangan masih belum terhenti perjuanganku masih panjang. Masih terlalu awal untuk diri ini mengatakan kejayaan sedangkan di hadapan sana dugaan masih menanti.